1

You Need A Homestay ?

Need a house while for family accommodation, we in Deqaseh Homestay Rest House provide especially for family accommodation travel, wedding ceremony, engagement, convocation, feasts, visit relatives, family meeting, course, training, work and others.


Homestay Rest House Bandar Penawar

Homestay Damai & DeQaseh that is comfortable and clean for you vacation to Desaru, Tanjung Balau with family, groom delegation, student enrolment in INSTEDT, Kolej Profesional MARA, Sekolah Sukan Malaysia Tengku Mahkota IsmailBandar Penawar, Pusat PLKN Bandar Penawar, Kolej Komuniti Bandar Penawar and Kota Tinggi Sekolah Science, SMKA Bandar Penawar, IKBNBandar Penawar, work outstation, rest and so on.

Pendidikan


Sejarah Penubuhan Kolej Profesional Mara Bandar Penawar
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) , Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bernaung di bawah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA. Lokasi KPM Bandar Penawar ialah di Lot 8277 Mukim Tanjung Surat, Bandar Penawar, Kota Tinggi, berhampiran dengan Pusat Percutian Desaru. Pembinaan kolej di atas sebidang tanah seluas 25 ekar ini bermula pada Mei 2003 dan telah berjaya disiapkan pada awal 2008.

KPMBP menawarkan dua program diploma dan satu program pra-diploma. Program diploma yang ditawarkan ialah Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Pengurusan Logistik (DLM). Program DLM hanya ditawarkan di KPM ini manakala program DIA ditawarkan juga di kampus Indera Mahkota, Pahang dan Beranang, Selangor. Manakala program pra-diploma pula ialah Program Persediaan Intensif (PIP). Kemasukan pelajar sulung ialah pada ambilan Julai-Disember 2008 seramai 250 orang.

Kolej ini telah mula beroperasi pada 17 Mac 2008 apabila kumpulan pentadbiran kolej yang pertama melapor diri. Mereka terdiri daripada Pengarah Kolej; En.M.Razalan bin M. Razali, Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Akademik; En. Hussin bin Omar dan Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Pelajar; En. Azlan b. Osman. Seramai 4 kakitangan akademik pula mula melapor diri pada 5 Mei 2008. Mereka terdiri daripada seorang Pegawai Ko-Kurikulum, 2 orang pensyarah Bahasa Inggeris dan seorang pensyarah Pengurusan Perniagaan. Prasarana yang disediakan di KPM Bandar Penawar ini agak baik dari segi akademik, hal ehwal pelajar dan pentadbiran. KPM Bandar Penawar mempunyai 2 dewan kuliah, 29 unit kelas, 4 makmal komputer dan 5 bilik pensyarah yang dilengkapi dengan kemudahan capaian internet. Kemudahan-kemudahan lain terdiri daripada Perpustakaan, Dewan Besar, Surau, Wisma Pelajar dan kafeteria.

Bagi kemudahan penginapan pelajar pula, 4 blok asrama telah disediakan iaitu 2 blok masing-masing dikhaskan untuk pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai kapasiti 768 pelajar. Terdapat juga gimnasium dan juga gelanggang-gelanggang sukan seperti tenis, bola jaring, sepaktakraw dan sebuah padang bola sepak. Prasarana untuk kakitangan juga disediakan. Terdapat tiga unit rumah untuk Pengarah dan Timbalan pengarah. Manakala 50 unit pangsapuri disediakan untuk para pensyarah, 12 unit untuk kakitangan pentadbiran dan 4 unit rumah warden.



http://203.106.19.130/mqr/akrbyipta.cfm