1

You Need A Homestay ?

Need a house while for family accommodation, we in Deqaseh Homestay Rest House provide especially for family accommodation travel, wedding ceremony, engagement, convocation, feasts, visit relatives, family meeting, course, training, work and others.


Homestay Rest House Bandar Penawar

Homestay Damai & DeQaseh that is comfortable and clean for you vacation to Desaru, Tanjung Balau with family, groom delegation, student enrolment in INSTEDT, Kolej Profesional MARA, Sekolah Sukan Malaysia Tengku Mahkota IsmailBandar Penawar, Pusat PLKN Bandar Penawar, Kolej Komuniti Bandar Penawar and Kota Tinggi Sekolah Science, SMKA Bandar Penawar, IKBNBandar Penawar, work outstation, rest and so on.

Kawasan Pelancongan


Kota Tinggi

Pantai Desaru

Info

Pantai Desaru merupakan pantai yang paling popular di Johor. Pantainya yang memutih sepanjang 25km dan dikelilingi pohon yang menghijau sudah cukup menjadikan pantai ini menjadi tarikan pelancong.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini termasuklah berkelah, memancing, snoerkling, berkayak, jungle tracking, menunggang kuda dan go-carting. Di samping itu juga, Pantai Desaru terkenal di kalangan pemain golf. Ini kerana, terdapat padang golf 18 lubang yang diilhamkan oleh Robert Trent Jones Jr.
Kemudahan-kemudahan lain seperti penginapan, restoran, kedai cenderamata dan padang permainan turut disediakan demi memastikan pengunjung menikmati percutian yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Panduan: Pantai Desaru terletak di Tanjung Penawar, Kota Tinggi. Pengunjung boleh menaiki pengangkutan bas di mana jarak dan masa lebih kurang seperti berikut:
  • Dari Johor Bahru : 102 km, 1 jam 30 minit
  • Dari Kuala Lumpur : 436 km, 4 jam 15 minit
  • Dari Singapura : 125 km, 2 jam 15 minit
Bagi pengunjung Singapura, terdapat pilihan untuk menggunakan pengangkutan feri di Changi point, Singapura yang akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Feri ini mampu menempatkan kira-kira 400 penumpang dan 70 buah kereta.

Air Terjun Kota Tinggi

Info

Air Terjun Kota Tinggi yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Kota Tinggi merupakan destinasi pelancongan yang amat popular. Ia mempunyai air terjun setinggi 34 meter dan terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Terdapat sebatang sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan ideal untuk pengunjung berenang.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, kemudahan seperti chalet, kawasan berkhemah dan gerai makan disediakan.
Air Terjun Kota Tinggi terletak di barat laut Bandar Kota Tinggi. Oleh itu, jika anda dari Bandar Kota Tinggi, sila ikut Jalan Lombong

Pantai Tanjung Balau

Info

Pantai Tanjung Balau bukan sahaja menawarkan keindahan panorama yang indah malahan perkampungan nelayan dan Muzium Nelayan Tanjung Balau yang sedia dikunjungi.
Di perkampungan nelayan, pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan penduduk dan merasai kehidupan sebenar mereka dengan tinggal bersama-sama dengan mana-mana keluarga. Di samping, berpeluang merasai masakan tradisi yang pelbagai dan sedap.
Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dibina dalam tahun 1985. Muzium ini menyimpan pelbagai khazanah berkaitan cara hidup, teknik dan perkakasan nelayan sejak zaman-berzaman.
Dari Bandar Kota Tinggi, anda bergerak terus sejauh 47 km. Apabila tiba di satu simpang di mana terdapat stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, anda masuk ke selekoh sebelah kiri. Lebih kurang 5km dari simpang tersebut, anda akan menemui bulatan (round-about) yang pertama. Masuk simpang ke kanan (pukul 3) dan anda akan tiba di Pantai Tanjung Balau kira-kira 1km dari simpang tersebut.

Pantai Teluk Mahkota

Info

Pantai Teluk Mahkota dahulunya dikenali sebagi Teluk Jason. Pantainya yang luas, angina yang sentiasa bertiup dan deruan ombak yang menghempas pantai menjadikan pantai ini cukup ideal untuk berkelah dan bersantai.
Terdapat chalet dan kedai makan disediakan untuk kemudahan para pengunjung yang ingin bermalam dan menjamu selera.
Panduan: Jika anda dari Bandar Kota Tinggi, anda boleh bergerak terus ke utara. Kira-kira 13 km dari Bandar Kota Tinggi, anda belok ke kanan dan terus begerak sejauh 23km. Belok ke kanan sekali lagi dan kira-kira 2km dari simpang tersebut anda akan tiba di Pantai Teluk Mahkota.
Jika anda dari Bandar Mersing, abda bergerak ke selatan sejauh 79km. Kemudian, belok ke kiri. Anda akan tiba di Pantai Teluk Mahkota setelah bergerak sejauh kira-kira 25km.

Pantai Teluk Ramunia

Info

Pantai Teluk Ramunia terletak kira-kira 90km dari Bandar Kota Tinggi. Tempatnya yang popular di kalangan pengunjung menyebabkan beberapa resort telah disediakan yang menawarkan keselesaan pada harga yang berpatutan.
Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan air berkayak, jet-ski, menyelam dan sebagainya. Bagi menikmati panorama indah, kemudahan basikal juga disediakan. Tidak jauh dari pantai ini terdapat komuniti perkampungan nelayan yang sedia untuk dikunjungi.
Dari Bandar Kota Tinggi, anda bergerak terus sejauh 47 km. Apabila tiba di satu simpang di mana terdapat stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, anda masuk ke selekoh sebelah kiri. Lebih kurang 5km dari simpang tersebut, anda akan menemui bulatan (round-about) yang pertama. Masuk simpang ke kanan (pukul 3) dan anda akan tiba di Pantai Teluk Ramunia kira-kira 24km dari simpang tersebut.